Saturday, 15 October 2011

Menjadi guru, bukanlah pekerjaan mudah. Ada tuntutan pengabdian, dan
juga ketekunan. Harus ada pula kesabaran, dan belas kasih dalam menyampaikanpelajaran. Sebab, sejatinya, guru bukan hanya mendidik, tapi juga mengajarkan.Hanya orang-orang tertentu saja yang mampu menjalankannya.

Menjadi guru bukan pekerjaan enteng. Menjadi guru juga bukan pekerjaanyang gemerlap. Tak ada kerlap-kerlip lampu sorot yang memancar, juga pancaran cahaya setiap kali guru-guru itu sedang mengajari. Sebab mereka memang bukan bintang panggung.

Namun, ada sesuatu yang mulia disana. Pada guru lah ada kerlap-kerlip cahaya kebajikan dalam setiap nilai yang mereka ajarkan. Melalui guru lah memancar sinar keikhlasan dan ketulusan pada kerja yang mereka lakukan.Merekalah sumber cahaya-cahaya itu, yang menyinari setiap hati anak-anak didik

Dari gurulah kita belajar mengeja kata dan kalimat. Pada gurulah kita belajar bahasa dunia. Lewat guru, kita belajar budi pekerti, belajar
mengasah hati, dan menyelami nurani. Lewat guru pula kita mengerti tentang banyak hal-hal yang tak kita fahami sebelumnya.
Jika ingin merasakan pengalaman batin yang berbeza, cobalah menjadi guru.
Rasakan kenikmatan saat setiap anak-anak itu memanggilmu dengan sebutan itu,
dan biarkan mata penuh perhatian itu memenuhi hati Anda. Ada sesuatu yang berbeza disana. Cubalah. Rasakan.

DUHAI TEMAN DUHAI SAHABAT

Teman yang soleh, malunya mengatasi perawan,beraninya mengatasi pahlawan..cintanya bukan pada gambaran,rindunya bukan pada pertemuan, tetapi hatinya sarat dengan iman dan taqwa kepada Tuhan” Duhai Teman Duhai Sahabatku… Hargailah bila bersahabat… Maafkanlah bila terluka… Fahamilah bila keliru… Nasihatilah bila terleka… Tegurlah bila tersilap… Ingatilah bila kesunyian… Itulah kehebatan ukhwahfillah… Apabila kau ingin berteman… Janganlah kerana kelebihannya… [...]Ya Allah, jika aku jatuh cinta, cintakanlah aku pada seseorang yang melabuhkan cintanya pada-Mu, agar bertambah kekuatan ku untuk mencintai-Mu. Ya Muhaimin, jika aku jatuh cinta, jagalah cintaku padanya agar tidak melebihi cintaku pada-Mu Ya Allah, jika aku jatuh hati, izinkanlah aku menyentuh hati seseorang yang hatinya tertaut pada-Mu, agar [...]

SAHABAT

Ya Allah, panjangkanlah umur sahabatku Kurniakanlah kesihatan yang baik padanya,terangi hatinya dengan nur pancaran iman.Tetapkanlah hatinya,perluaskanlah rezekinya, dekatknlah hatinya kepada kebaikan,jauhkanlah hatinya pada kejahatan,tunaikanlah hajatnya baik hajat dalam agama,dunia dan akhirat Ya Muhaimin,jika dia jatuh hati izinkanlah dia menyentuh hati seseorang yang hatinya tertaut padaMu agar tidak terjatuh dia dalam jurang cinta nafsu?Jagalah hatinya.

Ingatlah sahabat… Bunga itu menguntum indah, Menyeri dan mekar memerah, Dipuji dengan berbagai-bagai madah, Esoknya bunga itu gugur ke tanah, Serpih demi serpih ia punah, Tanpa daun dan kelopaknya musnah. Sahabatku… Engkau bukan layu seperti bunga, Dan aku bukan kumbang yang akan mengambil madunya, Lambang bunga lambang sementara cuma, Tetapi perjuangan kita tiada penghujungnya,


GAMBAR LAWATAN

LAWATAN

Pada 5 dan 6 Oktober 2011, 38 orang murid tahun 6 dan 5 orang guru telah mengadakan lawatan sambil belajar ke Kuala Lumpur. Enjoy sangat-sangat. Mula-mula ke Kilang Coklat Beryl's. Selepas 2 jam pergi ke Putrajaya. Pada 6 Okt pula, kami ke Tugu Negara, Muzium Polis dan sekitar Kuala Lumpur. Balik naik komuter KTM ke Seremban. Naik komuter pada waktu orang balik kerja, penuhlah. Ramai yang tidak dapat tempat duduk. Akhirnya kami tiba juga. Terima kasih kepada murid-murid yang menyertainya dan dengan kerjasama yang diberikan. Kepada yang tidak dapat menyertai lawatan ini, maafkan cikgu. Peperiksaan Sekolah Agama terpaksa didahulukan.....